Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Saturday, October 9, 2010

ukur size di badan sendiri.

baru balik dari koir. sedikit letih. selalunye, balik dr koir je terus g mamak. duit mengalir macam air je, tp bhgn perut je naek. haiguh~

okey, sebenarnya nak cite pasal kekecilan aku.

time ni, nampak berisi sket kan? hoho

time ni saye berisi lagi. umur brape sila tanya ibu saya. haha. mana taknya, sllu minum air soya. kotak d tgn sbgai bukti. (haha, tipu ajo)

lepas da meningkat besar skit dari gambar d atas tu, selera makan aku agak la kurang (yang ni ingat-ingat lupa aja tau). teringat lagi, time kecik-kecik dlu besa skit dr gmba atas, selalu kena paksa makan ngan mak. memang mak takkan bagi keluar dapur selagi tak abes makan nasi. masa tu, nangis-nangis smbil makan nasi berkuahkan air mata. entah kenapa, masa kecik dulu, makan nasi la perkara yang paling tak menyeronokkan.

kalo makan jajan (cekedis) laju aje. siap bertambah-tambah lagi. aiskrim 3-4 batang sehari. ni pun, kalau tido kat umah nenekku. :)

masa kecik-kecik dlu jugak, abah selalu suapkan scott emulsion kt dlm mulut. mmg tiap-tiap hari sesudu utk abang, sesudu utk aku. lepas musim scott emulsion, abah belikan vitamin minyak ikan (xingatla nama betul dia). lepas musim minyak ikan, abah belikan vitamin C jugak. banyak vitamin yang abah suapkan dlu. sebab tula skrg kalo nak makan ubat sndiri amatlah liat. (abah, tabib kami di rumah~)

time ni, da nampak kecik. tangan pun da same besar ngan adik bongsu ku

haa, tengok. jadi kecik kan? btw, gambar di atas adalah sewaktu birthday adik perempuanku (acik). baru pasan, gamba menampakkan aku kurus sgt. selera makan time ni entah kemane la. tanya ibu aku. haha.

makan kurang, main banyak. memang boleh jadi cekeding macam ni la.

dan sekarang,

masih lagi kecik maa.

adik bongsu berjaya mengalahkanku, yang dulu lebih kecik dariku. huhu. apa mau buat. tumbesaran dia cepat. oh, adik bongsu, dua dari kanan ye kawan-kawan. :) mungken disebabkan kondisi tubuh badan yang tak berapa sihat, mempengaruhi tumbesaran badan. haha.

ade orang cakap, kalo nanti da kawen, orang yang kurus sangat (macam aku ni) berkemungkinan besar untuk memontelkan badan. takut plak dgr. xnak la gemuk sgt. sedang-sedang pn sudah elok. tp, tengok la nanti macam mane ketentuanNya. :)

bercerita tentang kekecilan aku ni, bukan tanda tak bersyukur, tp sbgai menghargai apa yang dianugerahkan olehNya. orang jeles tengok aku kurus, kurus sihat takpe, kalo kurus, badan sakit. xbestkan kawan-kawan?

cuma berharap, hargai dan syukuri apa yang ada. redhai apa yang tiada. (edited)

syukur~

2 buah fikiran:

Unknown said... [Reply to comment]

xpe..ada jgk y berkenan n syg kn..:-)

anNaqia said... [Reply to comment]

@mohd khalis farouk Agil: ehe. betul2. :P

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...