Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Friday, August 28, 2009

tetamu istimewa

kedatanganmu dinanti,
oleh setiap hati,
semoga pemergianmu nanti,
berbekal penuh di hati.



dalam sedar tak sedar, dah masuk hari ke 7 umat Islam menunaikan ibadah rukun Islam ke 4 iaitu puasa dalam bulan Ramadhan ni.

bulan Ramadhan boleh diibaratkan seperi tetamu istimewa oleh umat Islam sedunia. kedatangannya dinanti dan disambut baik. aura Ramadhan tidak dapat dirasai dalam bulan-bulan yang len.



Ramadhan is a university of tarbiyah.

bulan Ramadhan bulan pencuci jiwa, hati dan sanubari yang selama ini leka dengan urusan duniawi. semoga perjalanan ibadah puasa kita seiring dengan ibadah-ibadah yang len seperti dalam gambar di atas.

jadi, saya di sini ingin mengucapkan

salam ramadhan al-mubarak~!



jum manfaatkan bulan Ramadhan ni dengan segala macam ibadah yang diredhai Nya.

Wednesday, August 12, 2009

hectic day


perjalanan menuju blok 16(jumpa sv~)



blok 18 - kejuruteraan mekanikal



dalam pembikinan wajah ari konvokesyen


kerusi ditambah, almaklumlah graduannya ramai



haa, ni haa, tmpt aku praktis. laaa~ bukak mulut luas2.


ps: da nk mula ari hectic ku,
esk - preview depan rector
lusa - full rehearsal
tulat - rehat perut dan suara.
tubing - ari kejadian nya konvokesyen ke 9 2009

Monday, August 10, 2009

convocation 2009


convocation terakhir bersama Madam Laura

16/08/09
convocation 2009.
bersamaan jugak hari kelahiran mak.

minggu ni aku diberi exemption.
hari ni ade preview depan rector.
lagu-lagu yang kami bawak.
  • harapanku kepadamu
  • gemilang
  • my way
  • getaran jiwa
  • keranamu Malaysia
  • putra putri
  • jalur gemilang
  • negaraku
  • lagu UTP
convocation 2009 ni kali kedua ade 2 sesi.
sesi pagi dan petang.

semoga semua perform dengan jayanya.
amin~

kusayangutpchoirgroup

Sunday, August 9, 2009

pagi hari



pagi, depan meja tulis di bilikku~


indah.
damai.
dua perkataan yang dirasakan ketika ini.

syukur.
masih bernafas.

baru semalam terasa dengar suara mak.
pesanan abah.
sekarang menatap laptop kesayangan.
di UTP nan indah ini.
sungguh cepat masa berlalu.

bekalan masih di dada.
harap-harap tak goyah.
huhu~

Saturday, August 8, 2009

sampai di utp.

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan


alhamdulillah!

syukur padaNya dikurniakan perjalanan yang lancar.
^_^

kul 4.40 petang td sampai di UTP.
letih memandu lebih letih daripada letih balik naik bas.
tabik pada abah yang selalu menjadi pilot untuk kami sefamily.

sebelum masuk UTP,
kne wat screening test.
tak pernah2 dibuat orang beratur di pondok guard.
rasa cm nak duk skali ngan pacik2 guard jaga gate depan UTP.
heheh~

masuk UTP kali ni,
aku bawa satu bekalan.
harap aku istiqamah dengan bekalan itu.
harap-harap aku juga bahagia dengan bekalan ini.
amin~


Thursday, August 6, 2009

jalan klate

jalan-jalan di bumi klate tempat kelahiranku akan melalui pembaharuan.
kebanyakan divider jalan diketuk dan dibuang.
nak dijadikan sehala.
untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
almaklumlah, klate skrg da sesak cm kt kl.
huish~
kate mak "nanti boley sesat di bumi sendiri nih"
hahah~
tengoklah camne nanti perantau-perantau pulang ke klate mase raye nanti.

______________________

selesai menghabiskan sebuah novel tadi.
'hanya DIA tahu' karya aleya aneesa.
best.
seronok melayan novel,
seolah-olah menonton cerita di layar putih.
cerita cinta fantasi, lebih meringankan kepala.
jika dibandingkan dengan kesah-kesah cinta di sekeliling.
dan lebih baek begini,
daripada melayan perasaan sendiri.
cewah~
serasa mahu aje menulis novel.
ngeh3~
mampukah?

mencari yang halal


________________________

owh ye,
esok nisfu sya'aban.
hari kelima belas dalam bulan sya'aban.
dan xlama lagi kite akan melangkah ke bulan ramadhan.
cepatnya masa berlalu.
semoga setiap masa yang diselusuri dirahmati Allah swt.
semakin meningkat umurku,
semakin banyak perkara difikir.
dan diharapkan umur diberi tidak disia-siakan.
amin~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...