Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label muvi. Show all posts
Showing posts with label muvi. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

review : faster

Cuti ini hari, maka meronggeng la jawabnya.

Ipoh lagi. Ulang tempat yang sama sajo. As usual, berdua ngan Farah. Sanggup bangun pagi, semata-mata nak kejor tengok wayang kul 11.30am. hahak~

Best la cite ni daripada cite Khurafat tu.

Cite ni peng pong pang, tembak sana, tembak sini. Yang bestnya, tembak terus kat kepala. Uish, bersembur darah. Terfikir jugak, kalo lah tibe-tibe ade orang acukan pistol kat kepala, nak buat camne la. Seriau cheq!

Cite ni pasal The Rock nak take revenge atas perbuatan khianat geng penjahat lain yang telah membunuh adiknya. Eh, abang ke adik tu, da konfius, nanti korang tengoklah. Siap ada checklist setiap orang yang dia nak bunuh. Yang menjadikan name movie ni Faster, mungkin sebab dia bawak keta macam pelesit. Brooom sane, Vrooom sini. Bingit gak telinga dengar. Tapi, kalo untuk racing, memang best la weh. Dia tekan minyak macam nak bagi pedal minyak tu masuk dalam kerak bumi je.

Salah satu aksi dalam Faster

Pastu ade satu karakter lagi, Killer, Oliver Jackson-Cohen. (Ensem! ^___^) Ade orang upah dia bunuh The Rock. Ohoi, keta dia, i loike! Dia ni bawak watak pipih. (Watak sampingan tu watak pipih la kan? Dah lame tinggal komsas) Walau sampingan je, tapi macam tak lengkaplah cite, macam takde link kalo dia takde.heh~ (yeke? trimo sajolah~)

Pandai jugaklah omputih ni wat cite berbelit-belit, tapi at last paham jugak. Tak berbelit, tak thrill lah kan? Itu jelah review, tak surprise la kalo nak cite sume. Silalah tengok. wahaha~

Saye sukalah tengok dia ni. Jaw dia tu tegap. Cakap slang British, yelah sebab dia pun orang London, bukan Lundang ye. :)

Cilok sajo dari gugel.

eh eh, ada macam muka awak lah! ohoi~

4 out of 5. Part tembak-tembak tu yang best! haha

Sunday, January 2, 2011

malaywood

assalamualaikum!^^

Dah lama nak tulis pasal ni, hari ini baru berpeluang. (ceh, padahal baru rajin nak tulis. :P)

Bollywood sudah ada ni,

three idiots

semua mesti dah tengok cerita ni kan?
cerita motivasi.
silalah tengok pada yang belum tengok.

chak de! india

haa, pernah tengok cerita ni?
Aku pun baru je tengok dua hari lepas kalo tak silap kat TV2.
cerita motivasi jugak.
disarankan untuk tengok.

kalo nak ikutkan, cerita motivasi selalu cliche, tapi itulah kebenaran.
usaha sampai peluh menitik dulu, baru berjaya.
kan dalam Al-Quran Allah ade sebut,

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra'd : 11)

pandai-pandailah adaptasi.

Industri perfileman Malaysia, bila nak ada cerita motivasi macam ni?

Kalo cerita pasal kolej, pasti temanya, cinta. Suasana je dalam kolej, bukan nak cerita bagaimana susahnya hidup berkolej. (aih, tipulah kalo kate kehidupan kolej tu senang.) Cubalah tengok balik senarai-senarai cerita berkolej, temanya apa. Ringan saja temanya.

Malaysia semakin banyak cerita hantu. Haish, macam mana nak berkembang minda kalo masyarakat dipupuk dengan benda-benda camni. (Dah la aku ni penakut nak tengok cerita macam ni.) Tak reti la nak ulas panjang pasal benda ni. Tapi, yang penting aku tak setuju dengan cerita-cerita macam ni.

Tak hairanlah, ramai gila kawan-kawan aku suka tengok cerita omputih, korea dan jepun.

Saturday, December 25, 2010

olesya rulin

inilah gerangannya bagi yang belum tahu namanya. (sumber: google image)

saya suka mata bulat dia. Kat dalam gambar ni tak nampak bulat sangat, kalo tengok CSI NY, episod 22 Mommie Deadest, dia kat dalam tu cantek! Nampak innocent, dengan matanya yang bulat, rambutnya blonde panjang.

  • lahir pada 17 Mac 1986
  • Russian-American actress
  • penah berlakon dalam High School Musical la (haha, baru tau)
da banyak filem dia berlakon rupanya, baru menyedari kehadirannya lepas tonton CSI NY. Nampak sangatlah tak alert dengan muka pelakon omputeh ni. Entry ni untuk pengenalan artis hollywood yang menarik di mata semata-mata. Yang mana menarik akan dipost di blog ni. :)

susah sangat nak cam omputeh, sebab rasa muka diorang cam sama. haha.

Friday, December 3, 2010

tangled

tangled ke rapunzel?
haish, same je la tu kan?
hehe.

waaa,
baru lepas tengok trailer cite tangled.
comel!
terus rasa nak tengok!
kat klate ni, mana ada panggung wayang maa.
tengok trailer je la.
huhu~

The long-haired Princess Rapunzel has spent her entire life in a tower, but when she falls in love with a bandit who was passing by she must venture into the outside world for the first time to find him.

see.
comel kan?
mandy moore jd Rapunzel,
zachary levi jadi Flynn Ryder.
credit to mr gugel untuk gambar dan sinopsis cerita comel ni.
:)

Tuesday, July 7, 2009

syurga cinta




best!
byk mesej yang boleh dicedok daripada cerita ni.
seronok tgk.
semua nya lulus di mata untuk ditonton.
huhu.
semoga lagi banyak cerita yang berunsurkan agama camni keluar.
hati senang tengok cerita camni.
siyesly!~

mengharapkan diri sekuat dan sebaik watak cikgu syuhadah~
juga mengharapkan cinta sampai ke syurga.
^_^

Wednesday, June 24, 2009

artis jepun

saye suke mereka




takuya kimura
-mr brain-





aya ueto
-attention please-
-abarenbo mama-
-attack No 1-






matsumoto jun
-hana yori dango-
-bambino-






inoue mao
-hana yori dango-


sumber gambar : google image

Tuesday, June 23, 2009

cerita ceriti

sekarang, amat melekat pada cerita ceriti jepun, korea.
kebanyakannye menarik minatku.
cuma, episod nye agaklah banyak.
da name pn series.

drama jepun dan muvi jepun setakat ni,
amat menarik perhatianku.
mana taknya,
greetings tunduk,
orang bg barang tunduk.
jumpa org je tunduk.
nampak budaya yang sihat di situ.
setiap episod pasti akan ade mesej yang disampaikan.

berbeza dengan cerita ceriti barat.
sumpa seranah seolah-olah mainan mulut mereka.
kurang moral valuenya.
walaupun ade sebilangan cerita ceriti barat yg menyampaikan mesej yg mendalam.
inilah orang kate,
sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

menginginkan budaya yang baik untuk dicontohi.

Tuesday, June 16, 2009

mr. brain



  • Genre: Comedy, Mystery
  • Film Date: May, 2009
  • Japan Casts:
    Ayase Haruka, Hiraizumi Sei, Kimura Takuya, Mizushima Hiro, Shitara Osamu , Yamazaki Shigenori
  • Description:

    Tsukumo Ryusuke is neuroscientist working for the National Research Institute of Police Science (part of the National Police Agency). He is generally incapable of reading the atmosphere of a situation, but when it comes to science, he is well respected. Whenever something catches his interest, he thoroughly sticks to it and never gives up, chasing down the criminals with certainty.

sumber : click here

...................................

aku suke tengok cite nih. banyak benda yang boleh aku pelajari tentang otak dalam cite ni. jom2 layan ini cerita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...