Sedang asyik membuat rondaan di facebook, tiba-tiba tertengok status member,
How's my dear friends in japan?
Still rasa biasa lagi.
and then tengok lagi status member sorang lagi,
Doakan kesejahteraan rakan2 kita di Jepun sekarang...
Pastu terfikir, apa yang jadi kat Jepun. Terus dapatkan remote tv, tekan 501, berita awani.
Astaghfirullah,
Tsunami di Jepun.
Teruk.
Dikatakan gegaran mencecah 8.9 skala richter, antara yang paling teruk dalam tempoh 140 tahun sejarah Jepun.
Sebelum tsunami gempa bumi dulu. Dan, ombak tsunami dikatakan mencapai 6 meter. Berlaku di utara Jepun.
Hampir 200 - 300 mayat dijumpai. 500 orang hilang.
Sebuah kapal yang isinya lebih kurang 100 orang dihanyutkan, dan nasib kapal tersebut masih tidak diketahui.
Dahsyatnya.
Tsunami pada hari jumaat.
Pastu terus terfikir keadaan member-member yang belajar di Jepun. Alhamdulillah, yang kat sana selamat. Ada yang balik Malaysia bercuti.
Moga Allah melindungi mereka semua.
Tengok video tsunami, kereta, kapal dan bangunan dihanyutkan macam kertas je. Bayangkanlah kekuatan arus tsunami tu. Huhu. Takut menyerang hati.
Bersyukur segenap hati, diberikan nikmat kehidupan yang baik di sini. Mari bersyukur kawan-kawan.
Mari mengambil iktibar, semua perkara Allah jadikan tidaklah sia-sia. Hanya orang yang bijak saja akan mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku.
Teringat kisah Nabi Nuh dulu,
(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir”.
[Hud : 42]
4 buah fikiran:
moga Allah pelihara kita semua dan ringankan penderitaan dan dugaan di Jepun.. amiin
Semua ini adalah peringatan buat kita semua untuk kembali pada agama dan mengesakan Allah
amin.
betul-betul. Allah jentik sikit, nak suh kte ingt balik kat Dia.
a'ah kn..
tusnami ni, klau ltak kt orang..mcm best plak namenye... tp..huhu~
dahsyat2... na'uzubillahi min zalik..
haa kan?
na'uzubillah.
mari mengambil iktibar. :)
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^