Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Thursday, February 10, 2011

letih mikior

Dah start minggu petang-petang balik sampai bilik lembik. Duk tengok fb berjam-jam. Rasa tak nak bergerak ke mana-mana. Ohoi~ Tapi petang ni, rasa nak gi tasik lah. :)

Sesi luah perasaan untuk hari ini.

Aku balik awal semata-mata nak setelkan projek tahun akhir awal sem aritu. Dua minggu awal oi. Tiap-tiap hari masuk laboratory tanpa skip satu hari pun. Berjam-jam guna mesin polisher, sampai terbakar fiusnya. Tapi, aleh-aleh kena wat sample baru. Ulang balik from A. At positive side, kira OK lah, sebab sample lama tu ade corrosion. At negative side, lambat sikit la pergerakan projek tahun akhir ni. Nasib baik, boleh extend ke semester depan. Takdelah kalut sangat. Tapi letih jugak mikiornye. Huhu.

Ulang balik buat sample baru. Ade la sikit-sikit salahnye. Hm, janganlah kena ulang balik. Ingat tak nak merungut, tapi tak tahan lah. Huhu. Aish, masalah tak besar pun. Tapi letih je lebih. Aigoo. Mungkin letih sebab frust melihat partner yang tak balik awal pun, tapi sample dia OK je. Haish, manusia betullah aku ni. :( (Hati oi, tengok kelebihan orang sebagai inspirasi lah, baru tak frust.)

Hm, kena perbaharui balik semangat nak buat projek tahun akhir ni. Perancangan pun perlu dibuat dengan teliti. Oh, resume pun belum buat lagi. Macam mane la ni. Orang lain dah pulun buat resume, aku start pun belum lagi. Hah, mengira masalah. Letih la mikiornye. Macam-macam dah fikir ni. Jangan hilang selera makan dah la. Hah, sebab tulah susah nak naik berat kalo duk di UTP ni, fikir sana-sini. Huhu.

Ya Allah, kumohon penyudah yang terbaik untuk setiap masalah yang mendatang. Kuatkan hatiku.

Orang cakap, semakin banyak mengeluh, semakin banyak masalah datang. Patutla hati tak tenang.

4 buah fikiran:

ramona said... [Reply to comment]

betul... banyak benda nk pikir... hummmm... :|

penaberkala said... [Reply to comment]

owh, dh buat fyp ka
btw, good luck and all the best
biasala tuh, setiap dugaan ada hikmahnya
be strong and never give up

anNaqia said... [Reply to comment]

ima, kan? huhu.

penaberkala,
yep2. fyp 2.
tq ya! :)

ramona said... [Reply to comment]

aah.. ima.. hee~~ :D

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...