Ni Dollah. Kucing kami.
Kucing menurut pak cik wikipedia, mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus.
Kucing menurut aku, makhluk kecil ciptaan Allah yang tiada akal hanya ada naluri.
Dulu tak pernah suka kucing, sebab kucing ada kuku tajam dengan taring. Time makan jangan haraplah boleh habiskan nasi kalo kucing datang ke meja untuk bermesraan. Memanglah teramat takut, kalo kucing tu tiba-tiba mengganas lompat ke atas meja, tak ke naye tu.
Tapi, gefrenku, memang pencinta kucing sedunia. Bila jumpa kucing je dia sentuh. Tak kiralah comel ke huduh ke, janji kucing, dia sentuh dia belai. Dulu takdelah kesah sangat dengan kucing ni, tengok je kalo gefren pegang kucing.
Sekarang dah suka kucing. Camne boleh suka?
Camni ceritanya, pada suatu hari, ada seekor kucing tercongok kat depan pintu rumah. Comel. Aku tengok muka dia ala-ala mintak makanan, jadi abe aku bagilah makan kucing tu. Skali, dia naik atas rumah tanpa dijemput pastu tak nak turun-turun. Sejak dari haritu, kucing tu jadi rapat ngan kitorang sefamili. Padahal, kalo nak diikutkan, abah anti kucing. Mungkin, disebabkan kucing ni degil mintak makanan hari-hari. Jadi kami isytiharkan kucing tu sebagai kucing peliharaan kami, Dollah. Nama Dollah tu abah yang letak. Daripada sekecik-kecik saiz, sampailah ke saiz sekarang, maklah pemberi makan tegar. Sampai montel-montel Dollah.
Tapi, Dollah ada je sakitnya. Oh, Dollah ni Yb kat kawasan perumahan ni, memang takkan lekat di rumah sahaja. Dulu. dia penah balik dengan badan luka hasil dari simbahan minyak panas. Habis luka kat belakang, macam orang botakkan kepala guna minyak panas, camtulah keadaan badan Dollah. Satu famili susah bila dia sakit-sakit.
Ada jugak pernah satu hari tu, dia lari-lari balik ke rumah dengan badan hitam legam. Mulanya aku ingatkan kena mandikan minyak hitam, tapi Alhamdulillah cuma air cha. Air cha tu air longkang ye kawan-kawan. Ya Allah, kesian yang amat tengok dia dalam keadaan hitam legam. Abah, adik dan abe mandikan Dollah. Dia mengiau mintak tolong jangan mandikan sebab dia takut air. Sedih tau tak? haih~ Tak tahulah, dia sendiri yang jatuh, atau orang yang sepak sampai dia jatuh dalam longkang. Kalo kena sepak, tergamaknya hati manusia sepak makhluk kecil ni.
Semalam pulak, dia balik dengan kaki kanan belakang dengan berdarah-darah. Sedih betul tengok makhluk kecil ni jilat-jilat kakinya. Dia mengiau kat mak, macam nak bagitau, "Mak, kaki Dollah sakit ni" Yang ni pun tak tahulah sama ada dia bergaduh dengan kucing lain atau ada yang sakitkan kaki dia. Kalau manusia yang buat, haih, tak tersentuhkah hati tengok makhluk kecil ni terhenjut-henjut nak jalan.
Dengan kehadiran Dollah, buatkan aku suka dah sikit kucing, walaupun masih tak reti nak dukung atau riba kucing. Tapi, setiap kali tengok kucing lain, aku pasti teringat kat Dollah.
Hm, manusia manusia. Kalo betul tak suka kucing, janganlah benci sampai sanggup menganiaya. Janganlah sepak kucing, sakitkan kucing. Eh, tak kiralah kucing ke binatang lain ke. Kita yang ada akal ni, bertindaklah mengikut akal. Pernah sekali aku tengok ade orang sepak kucing betul-betul depan mata aku. Nak kata kucing tu berak atas kaki dia takdelah pulak. Otak letak kat lutut mungken.
Janganlah aniaya makhluk kecil ni. Tolonglah, jangan susahkan hati orang-orang yang menyayangi kucing. Kucing tiada akal, kita yang ada akal ni perlulah gunakan akal sebaiknya. Jangan kita pulak jadi binatang. Kan manusia ni Allah jadikan sebagai khalifah bukan pemusnah.
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [6:165]
Tolong eh doakan Dollah kami cepat-cepat sembuh, dah nak balik UTP ni. :(

0 buah fikiran:
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^