'Orang yang jage semayang, tak same dengan orang yang tak jage semayang. Kalo orang kate, dia dop semayang hati baik, pale hotok die' - Ustaz Azhar Idrus.
Aku suke banget dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus.
Dia ajar sangat telus. Pendekatan dia dekat ngan kehidupan manusia sekarang. Memang paham apa yang diajar. Contoh yang diberi memang melucukan, tapi penuh dengan mesejnya. Boleh ambil pengajaran dari cerita lucu beliau. Kadang-kadang aku lebih ingat part lucu, dari part serius. hehe.
Dialek terengganu dia amatlah pekat. Oh, selain ngan Zizan Raja Lawak, aku belajar cakak terengganu jugak ngan Ustaz Azhar Idrus. Kalo Zizan Raja Lawak hanya ajar cakak terengganu level satu je, tapi kalo Ustaz Azhar Idrus ni, memang da kira level 10 da kot. Kadang-kadang lawak gak dengar dialek beliau. Unik betul cara beliau cakap.
Kira kalo nak agama boleh dengar ceramah beliau, kalo nak ilmu boleh dengar ceramah beliau kalo nak hiburan pun boleh dengar ceramah beliau. Korang-korang yang tak paham tu, mungkin boleh mintak tolong member yang faham. Serius, memang tak rugi belajar cakap terengganu semata-mata nak dengar ceramah ni. Beliau superb!
Nak tahu biodata beliau, boleh klik sini.
Sebelum tido, jom baca dan fahamkan ayat di bawah, same-same muhasabah jom.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.[Al-Baqarah : 208]
0 buah fikiran:
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^