Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Sunday, November 21, 2010

sungguh perasaan itu datang balik.

baru lepas blogwalking.
terbaca kesah pelajar di obersi.
wah!
perasaan yang lame dulu muncul kembali.
saye mahu belajar di obersi.

masa start masuk form 4,
aku dah mula memasang angan-angan,
nak belajar di luar negara.
doa tak henti-henti.
harapan tak putus-putus.

naik form 5,
doa semakin banyak.
harapan semakin tinggi.
usaha semakin usaha.
form 5 la waktu belajar yang amat dahsyat.
mana tak nya, masa form 4, kepala tak boleh fokus belajar, asyik duk teringat nak balik rumah.
rumah sakit la katakan.
masa form 5 la nak cover balik setahun form 4 yang terbuang tambah dengan syllabus form 5.
masa form 5 jugak lah masa yang paling banyak belajar pasal agama.

namun, Allah telah menetapkan rezekiku di sini UTP.
bersyukur sedalam-dalamnya dengan nikmat yang diberi.
berbekalkan result SPM yang agak tidak mencapai terget,
tapi cukuplah bagiku.
inilah yang terbaik.
sesal dulu sudah tiada, sedang menghargai apa yang ada.

jauh di sudut hati nun sana,
masih lagi menyimpan impian yang satu itu,
mau belajar di luar negara.
terasa mau maen-maen snow sambil menimba ilmu di tempat orang.
sungguh mau melihat musim bunga di sana.
sungguh mau merasai culture di sana.

dari pemerhatianku,
(dari blogwalking, facebook)
orang yang belajar nun jauh di negara orang,
mereka kebanyakannya, menunjukkan teladan yang baek.
sungguh aku kagum.
mungken kesusahan yang mereka rasai, menyebabkan pergantungan pada Allah itu 100%.
berbanding aku di sini.

mengetahui hakikat belajar di tempat orang banyak pahit dari manis berbanding di tempat sendiri.
aku fikir, tidak salah mencuba, satu fasa lain dalam kehidupan sendiri.

sungguh, keinginan itu masih terpahat teguh di sini.

jika tercapai, alhamdulillah.
jika tidak, Allah ade aturanNya untuk ku.

tapi tak salah, berusaha balik kan? kerana rezeki Allah ade di mana-mana saja kan?
sambung doa balik. :)

sungguh aku mahu belajar di oversea, namun jika Allah kata tidak untukku, maka tidaklah terjadi impian ini. tapi usaha tetap usaha, kerana kita hambaNya. apa-apa sahaja mungkin terjadi. aku yakin ya Allah. :)

2 buah fikiran:

Ju Zie said... [Reply to comment]

Kak Ju pon sama!! Angan2 dr kecil.. UTP juga rezeki ku...

anNaqia said... [Reply to comment]

wah, kakju lg hbt, angan2 dari kecil.
tapi akak skrg, da macam round satu glob dah. hehe. nak tirulah! :)

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...