Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Sunday, November 14, 2010

sinusoidal graph

hidup ni macam roda. kadang-kadang kita di bawah, kadang-kadang kita di atas.
itu betul, saya tak menafikan langsung.

cuma kali ni, saya mahu membawa semua melihat kehidupan dari segi engineering pulak.
bagi saya, hidup ini macam sinusoidal graph, yang mana sentiasa ada turun naik nya.
masing-masing dengan cerita graph masing-masing. tak semua sama. kalo tak percaya cuba tengok gambar bawah ni.



kalo diletakkan diri masing-masing di 90 darjah di paksi-x. nilai di paksi-y semua berbeza kan?
saya ambil graf yang berserabut-serabut macam ni sebab, semua orang laen perjalanan hidupnya. kalo amek graf yang malar, maka tidak benar lah pepatah ni, "lain padang lain belalang, lain orang lain ragam" kan?

berbalik kepada cerita graf di atas. di paksi-x saye meletakkan sebagai umur kita. di paksi-y sebagai pencapaian kita dalam hidup ni. kalau direlate kan antara dua-dua paksi tu, saya pada umur 21, mungkin berada pada pencapaian sederhana dalam universiti, mungken kamu pada umur 21 sudah kerja dengan bahagianya.

dan daripada graf di atas, kehidupan tak selalunya malar atau sama. akan ada nilai positif yang tinggi, dan mungkin juga ada nilai negatif yang rendah. pada tahap inilah ujian terberat, takut nanti terovershoot or terundershoot. sila belek-belek kamus ye kawan-kawan.

masa nilah, kita perlu menggunakan segala nikmat yang dikurniakanNya, macam mana nak handle ketika diberi kegembiraan yang amat dan kesedihan yang dahsyat dalam hidup. sungguh, aku sendiri pun lalai saat diujiNya. itulah manusia, sentiasa lupa, dan sentiasa perlu diingatkan.



dan, yang pastinya, kita semua akan melalui fasa seperti graf di bawah,


daripada negatif, naik positif, dan turun balik negatif, dan seterusnya berulang-ulang sampai masa tiada langsung nilai positif dan negatif iaitu kosong.

maka akan ada fasa seterusnya selepas kosong. bekalan sudah cukup ke kawan-kawan termasuk diri sendiri untuk dibawa ke fasa selepas kosong tu. muhasabah diri sedalam-dalamnya.

konklusinya,

manusia ada cerita masing-masing, dan yang pastiya, semua akan merasai saat di paksi positif dan saat di paksi negatif. cuma kita dan Allah dan orang sekeliling yang rapat dengan kita yang tahu diri kita. manusia tidak sempurna kisah hidupnya. syukur dengan segala kurniaanNya. yang positif dan negatif yang diberi semua dariNya sebagai tanda kasih dan sayangNya kepada kita. kita hambaNya, padaNya kita bergantung harap, padaNya kita kembali. itu pasti.

dengan turun dan naiknya graf hidup kita, yang pasti kita pasti akan berhenti pada satu titik kosong. kerana mati itu pasti, hidup insyaAllah. sediakan payung sebelum hujan. nota untuk diri sendiri yang slalu lalai dan alpa. astaghfirullah!

0 buah fikiran:

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...