Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Thursday, October 22, 2009

padang, suatu makna.

baru balik dr masjid. ade talk perdana tentang kejadian kt Padang. banyak iktibar yang dapat. dengar cerita daripada mak, tambah dengan talk perdana ni. macam-macam perasaan timbul dengar cerita pasal Padang ni. huhu~

cerita mak :

bersumberkan majalah 3, katanya mak, keadaan di Padang amatlah teruk jika dibandingkan apa yang dilihat kat berita. katanya, bumi terbelah dua. bangunan 4 tingkat jadi 2 tingkat, tenggelam dalam bumi. berdiri bulu romaku mendengarkan cerita tu.

cerita daripada talk perdana :

katanya, gempa bumi yang berlaku itu, sebenarnya berukuran 9.1 skala richter. skala gempa yang paling kuat. bayangkan, satu kampung tertimbus dek gempa bumi tersebut. kejadian yang berlaku pada 30 sept itu, adalah hari raya padang, di mana anak-anak jati padang yang berada di luar padang pulang ke kampung halaman. kalau diikutkan bilangan yang mati mungkin ramai. bantuan luar banyak yang masuk ke padang. kejadian itu mebuatkan orang hilang rasional. ada yang mencari anak, padahal anaknya sudah berada di dakapan. kejadian itu jugak telah membuatkan penduduk padang trauma. tidur di dalam khemah di luar rumah pada waktu malam, dan berada di rumah pada waktu siang, kerana takutkan kejadian gempa bumi berlaku lagi. ada jugak pemuda yang datang dari jakarta turun ke Padang untuk memberikan bantuan., dia akan berada di Padang selama 3 bulan, iaitu sehingga proses rehabilitasi di mana penduduk Padang kembali stabil. kata ustaz yang berceramah tu, kalau tgk pada gaya budak tu, da macam mat rempit gayanya. tapi keazamannya kuat. pemuda tersebut sudah terbiasa dengan keadaan tersebut, membuatkan dia tidak kekok untuk terus memberi bantuan. Subhanallah. semoga Allah memberkatinya.

pengajaran yang diambil :
  • kalau Allah nak tarik balik segala harta, kaum keluarga dan nyawa kite sekejap aje. dengan sekali pukulan seperti gempa bumi, da beratus-ratus yang meninggal.
  • kalau Allah nak turunkan bencana, bukan setakat yang xberiman yang kena, yang beriman pun terkena jugak tempiasnya.
  • don't judge a book by it's cover. luaran tidak menentukan dalaman.
apabila mendengar cerita bencana macam ni, aku selalu terdetik nak jadi sukarelawan. sejak sekolah menengah lagi menyimpan impian utk menjadi sukarelawan, walaupun bukan untuk mangsa bencana,teringin jugak nak pergi ke rumah-rumah orang tua dsb. tapi belum berpeluang. mungkin akan diteruskan niat ini, hinggalah masuk zaman pekerjaan. harap dipermudahkanNya.

2 buah fikiran:

Unknown said... [Reply to comment]

itu pon macam2 malaysia kne ~~
http://isuhangat.blogspot.com/2009/10/malaysia-kena-kencing.html

anNaqia said... [Reply to comment]

haha.
orang baling tahi,
kite baling bunga.

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...