Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Tuesday, September 29, 2009

utp marri~

tamat sudah tempoh percutian raya ku di rumah sendiri.
insyaAllah esok bakal pulang ke UTP yang dicintai.
doakan perjalanan kami eh.

daku pulang dengan harapan sem separuh akhir ni dapat dihabiskan dengan jayanya.
amin~~
lagipun, da beraye dengan jayanye jugak.
:)

owh ye,
sem dpn insyaAllah internship bakal berlangsung.
aku salah seorang calonnya,
namun, placement belum kedengaran lagi.
huhu~
rusim kakloh.
tulun doakan aku jugak eyh~


mengharapkan yang terbaek~
pasti merindui rumah lagik.

Thursday, September 24, 2009

ziarah aidilfitri

aidilfitri kali ni telah mempertemukan aku dengan member2 sester.
geng2 terengganu turun beraya di klate.
kinah, nadiy, mirul, razi, sepu, fawwaz, fazli, abgnye mirul.
insyaAllah kalo diberi kesempatan, org klate lak trun terengganu thn dpn.

tengah hari tadi,
berjumpa member seskolah rendah dlu.
hajar.
kakaknya kawin ari ni.
semakin kurus member aku tu~
:)

petang nya ada masalah komunikasi,
aku trun dgn keta abah bertemankan acik.
alhamdulillah,
perjalanan lancar,
walaupun ade aksi2 cemas tadi.
hehe~
^_^

katanya mak juwe,
"mase ni la boleh meronda2 dgn member, nanti bila da kawin susah la mau gerak."
sukung sgt pendapat makcik~

geng2 klate yang join skali,
aku, juwe, ily, intan, pe'e, ngan acik~
kami sempat singgah di rumah juwe (dinner kt cni)
ngan rumah nuyu.
sampai umah dalam kul 10 lebih tadi.

edited:

owh ye,
forgot one thing.
hari raye ketiga ke rumah tqah.
heheh~
first time abah bagi bwk keta gi umah member~
:)
ily,hanim, ining n aisyah dtg umah.
plus wani ngn juwe ngan adik2 juwe.
tq korang!
^_^



kalo umur panjang, harap dapat berziarah dan bereunion macam ni lagik~
gambar xde. huhu~

Tuesday, September 22, 2009

aidilfitri~

SALAM AIDILFITRI
maaf zahir batin

fuh!
baru dapat menulis blog dengan aman.
selalunya ada acik yang jadi peneman setia depan komputer.
heheh~
jum kte bedah siasat raya tahun 2009 ni.

raya pertamaku
macam biasa, bak kata mak, tempat wajib diziarahi,
umah ma (belah mak) dan umah tok ayah (belah abah)
owh ya, raya tahun ni kaler famili ku, hijau petronas.
raya kat umah ma, aku ngan adik jadi tulang belakang dapur.
memandangkan mak ngan ma jadi tuan rumah,
jadi kami lah yang membanting tulang, memerah keringat.
basuh pinggan,gelas,amek lauk,buat air etc
kali ni, tetamu di rumah ma agak ramai,
semuanya datang pada waktu yang sama.
seronok hati tua ma. ^__^

agak-agak petang sket,
kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke manek urai,
kampung abah.
adik-adik abah semua balik.
penuh rumah.
tapi da ade yang beransur pulang awal.
ke rumah mertua masing2.
3 baby baru pada raya kali ni.
heheh~

raya keduaku
ari ni, macam xraya.
bangun lewat.
tgk tv sampai lebam.
malam ke rumah sepupu,
memandangkan mak telah terberjanji dengan sepupuku tu.
jumpa ngan orang-orang tua yang umurnya 50 - 80thn,
pak cik mak cik mak aku.
seronok dengar diorang bercerita.
semua selalu menyebut pasal mati.
huhu.

raya ketigaku,
hari ni la maknanya,
baru lepas tolong mak sediakan juadah untuk rumah terbuka.
hari ni rumahku terbuka.
jemputlah datang umah.
:)
terpaksa mengundurkan diri dlu,
ade kerja-kerja yang menanti.

seronok walaupun xdpt banyak duit raya.

Sunday, September 13, 2009

buntu

saat hati dipalu
aku terpaku
terdiam membisu.
aku buntu
mencari yang SATU.

bebas

alhamdulillah~!
yeah!!
hidupku sudah bebas dibelenggu test yang berduyun-duyun banyaknye.
bile da niat nk enjoy tu,
tiba2 ja, laptop wat hal~
(_ _ ")
ni pn tumpang member nye laptop.
[hamek ko, niat tu xbetul sgt~]

malam ni malam ke 23.
malam kebebasan wat dak2 mechy july 06.
rumet ade cte, coursemate aku ada yang mgantung lampu lip lap~
wah~
smgt tol diorg nih.
padahal mgu dpn da nk balik.
ngeh2~

rasa cm da start cuti la plak.
lupa yg mgu depan ade klas lagik~
huhu.

masih mencari.

Wednesday, September 9, 2009

090909

nice date

nice day

wah~

seriously kalo umur i da 25 i da kawen ari ni. [xsalah pkir pasal kawen kn?hak3~]

marathon test bermula hari ni.

090909 - vibrasi
100909 - teknologi pembuatan
110909 - mekatronik
120909 - mekanik bendalir

baru lepas menjalani sesi getaran tadi. memang begitu hebat penangan vibrasi itu. (@__@)
pasrahku seawal melihat soklan2 yang berada di depan muka.
apa lagi, kumenghentam wak keromo je.
ngeh2.
kalo mak baca ni mesti menggeleng2 ketidakpuasan hati.
maaf mak abah,
angah setadi, tapi kalo soklan nya 'pisekek' bak kate member sekos, memang la sakit kepala dibuatnya.

memandangkan lagi 3 paper perlu diredahi,
jum dgr nasehat ini pacik~
"jalan mesti ke depan, jangan ke belakang"
^__^

owh ye,
090909,
hari comey untuk akak saye.
sis tikah.
selamat hari lahir kak.
nice to know u.
semoga peningkatan umur akak,
selaras dengan peningkatan iman akak.
amin~~
may Allah bless you always~

akak!
xde gambar akak utk diletak.
heheh~

orang cakap kawen tu tak susah~

Monday, September 7, 2009

lalilatul Qadr

ya Allah, temukanlah aku dengan lailatul Qadr.amin~

Mencari Malam Al-Qadar

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.


sumber :

nuzul Quran




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

sumber :

'iluvislam'



Friday, September 4, 2009

berbuka

nampaknya Ramadhan kali ni, aku tak berpeluang utk pulang berbuka bersama famili terchenta.
huhu~

tapi xpe, ade hikmahnya. [diri sndiri pujuk~]
;)

merekalah penemanku sewaktu berbuka skrg~


teman berbuka satu ketika dahulu. rindu~

semua orang akan melalui fasa perubahan dalam hidup mereka. begitu juga dengan aku. semoga berubah ke arah kebaikan hendaknya~

Tuesday, September 1, 2009

langit itu tinggi

hampir jatuh terduduk,
apabila mengetahui,
langit itu amat tinggi.

dapatkah berdiri kembali,
melihat langit yang membiru,
menilai keluasan,
bukan pada ketinggian?

sungguh!
langit itu amat tinggi,
hampir patah leher melihatnya.
namun kugagahi jua,
hingga pada satu ketika,
kumerasakan tidak dapat berdiri lagi,
untuk terus melihat langit itu.

kecewa,
rasa yang amat sangat dalam hati.
mungkin kerna terlalu yakin,
langit itu tidaklah tinggi.

sedih,
kerna kutahu,
tidak mungkin kugapai langit meninggi,
walau setinggi mana aku cuba mendaki,
tidak mungkin berjaya.

pasrah,
satu perkataan.
dalam maknanya.
sebagai pengubat jiwa,
yang remuk redam,
bagai pantai dihempas ombak.

kuberlalu,
meninggalkan kisah ketinggian langit,
kerna kupasti,
langit itu meluas.
bukan meninggi.

tak semestinya apa yang diharapkan akan berlaku. berlapang dadalah wahai diri~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...