Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Tuesday, April 21, 2009

syukur

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al Baqarah ayat 216]

ayat ini sudah cukup untuk membuat hatiku tenang. namun, fitrah manusia yang selalu lupa, membuatkan hatiku selalu lupa untuk bersyukur.

"kadang-kadang kite kne tengok orang kt bawah kita."
nasihat yang pernah aku terima daripada emak.(kalo xslp)

kadang-kadang aku terlupa akan nasihat ini. namun, hari ni, aku teringat balik kata-kata mak ni.
aku selalu menilai bintang di langit, hinggakan aku terlupa untuk menjenguk ke rumput yang tumbuh melata di bumi.

'hidup ibarat roda. kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.'

perumpamaan yang selalu didengari tatkala diri dirundung kegagalan. situasi ini sudah banyak kali aku lalui. bahagianya hati bila berada di atas, sakitnya rasa berada di bawah. perkara ini mungkin akan dilalui oleh setiap makhluk yang bernama manusia.


'half-empty glass or half-full glass.'




separuh kosong ke, separuh penuh? analogi yang cukup popular di kalangan pakar motivasi. hati tidak akan senang jika selalu menilai bahagian negatif. namun, untuk melihat ke arah positif tidak semudah kata-kata yang dihamburkan.

hmm,,
selama ini aku rasa sungguh kecil berada di cni, tatkala melihat orang diberi kelebihan yang banyak. namun, aku terlupa untuk melihat mereka yang kurang bernasib baik. mungkin ada yang berpendapat, melihat yang bawah, mungkin tidak memajukan kita. namun, bagiku, yang bawah lah akan menampung yang atas. yang bawah lah yang akan menjadi asas untuk kita terus maju ke depan.

hati yang sejak kebelakangan ini rasa tidak senang dengan apa yang terjadi, automatically kembali pada asalnya. selagi tiada reminder yang boleh menjentik hati, selagi itulah, hati manusia akan alpa dan leka.

syukurnya hati ini..

sekadar perkongsian tatkala hati ini diketuk dengan kesedaran yang selama ini dikaburi dengan ketidakpuasan hati.

2 buah fikiran:

qieynah said... [Reply to comment]

thought yg mmbuat rmai org berfikir..suke2....

an~naqia said... [Reply to comment]

huhu.
tq2.

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...