Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Sunday, October 31, 2010

jaga diri

tertarik ngan post membe pasal future wife dia.
teringin nak tulis cmtu.
haha~

kehadapan bakal suami yang masih misteri,

saya akan bersabar menanti ketibaan awak.
moga masa tu,
saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
moga awak dapat menerima saya seadanya.

saya tak pandai sangat masak.
tapi, insyaAllah, saya akan belajar daripada mak saya.
harap-harap dapatlah saya masak apa saje yang awak mahu makan.
oh, saya tak makan pedas, sebab nanti perut saya sakit, tapi, kalau awak mahu pedas bagitau lah.

saya anak mak n abah. dalam erti kata laen, saya anak manja.
saya kat universiti ni, mudah sangat lah homesick.
hari-hari ingat nak balik umah.
dan nanti, kalo kita dah kahwin, sudilah kiranya awak membenarkan saya balik rumah saya walaupun sekejap.
sudilah kiranya jugak, awak tidur di rumah mak abah saya.

saya takdelah sebaik siti khadijah.
tapi, kalau boleh saya mahu jadi sebaik siti khadijah.
doakan saya eh awak.
dan saya harap awak pun begitu. nanti bimbinglah saya eh awak. terimalah saya seadanya. doakan saya jugak, moga saya bersyukur dengan kurniaan Allah, dgn adanya awak.

banyak lagi nak tulis, tapi tiba-tiba rasa malu sorang, nti orang baca surat ni. haha.

akhir kata,
moga awak di sana (yang berada di mana-mana yang saya tak ketahui) sentiasa dalam lembayung rahmatNya.
saya doakan awak moga menjadi hamba yang soleh. anak yang taat pada ibu bapa, dan bakal suami yang boleh melengkapi kekurangan saya.
doakan saya juga, moga menjadi tulung rusuk yang terbaik untuk awak.
insyaAllah, saya akan jaga diri saya dan cinta saya hanya untuk awak. :)

yang benar,
bakal isterimu yang sabar menanti.


4 buah fikiran:

FOGGIE SI KATAK HIJAU said... [Reply to comment]

hahahaha...
cik kiah da mule bwt lawak...
BIG LOL!! :P

anNaqia said... [Reply to comment]

haha.
ana nih, br nk feeling2. :P

gila-gila remaja.
best tulis surat ni.
da lame xtulis surat. hahah

Unknown said... [Reply to comment]

pernantian sudah terjawap..masa akan tiba..hopefully untuk bersama di dunia n akhirat..Aamin Ya Rabbal`Alaamin..:-)

anNaqia said... [Reply to comment]

@mohd khalis farouk Agil: amiin. insyaAllah. moga Allah mudahkan. :)

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...